Selasa, 14 Jun 2011

PERMAINAN BALING SELIPAR







PERMAINAN BALING SELIPAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan....

okey la hari ini saya ingin menceritakan satu sukan yang mungkin anda tidak sangka tetapi ia benar

ianya permainan baling selipar!!!

================================================

Tentu anda semua ingin tahu

"Ape ni????" ataupun "Ape syiak???"

Hahahahax.....

Permainan ini berasal dari seorang kanak-kanak (nama tidak disebutkan)

dari sebuah kampung yang sangat damai dan aman....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

permainan ini sebenarnya untuk latihan fizikal ytang sangat unik
Namun,permainan ini jarang-jarang dimainkan dikawasan bandar
kerana ketidakluasan sesuatu kawasan...
Berbeza di kampung,permainan ini biasa dimainkan oleh kanak-kanak
pada waktu petang (yang tidak berminat bermain bola sepak atau menolong di dapur)
***********************************************************************

"Apa kebaikannya?Bukankah ini permainan kanak-kanak dan tidak sesuai untuk para remaja?"
soalan yang pintar yang ada jawapan logik akal dan tiada keraguan (agaknye la)
Okey,kebaikan permainan baling selipar terbahagi kepada beberapa aspek,iaitu:-

Jantung: Ia akan menguatkan jantung kita semasa mengelakkan diri daripada dishoot 
Otot Kaki: Aktiviti ini melibatkan larian,lompanan,kelajuan,ketangkasan dan lain-lain 
Minda:
*Kebijaksanaan otak untuk membina pyramid dengan menggunakan hanya 3 selipar sahaja
*Kepintaran menyusun stategi
*kepintaran mengukur jarak pyramid yang hendak dirobohkan (pihak lawan) 
Bekerjasama: Nilai ini juga penting dalam satu kumpulan yang profesional 
Otot tangan: Dapat menjatuhkan pyramid dengan baik dari segi
*mengukur jarak
*kelajuan balingan
*ketinggian balingan
*teknik balingan
*ketepatan balingan 
Stamina: Stamina diri dapat dipertingkakan 
Sihat: Mengeluarkan peluh semasa permainan 

_________________________________________________________________________



TEKNIK BERMAIN




Setiap permainan mesti ada tektik teknik membaling,berlari,menangkap,mengelak dan lain-lain.

TEKNIK BALINGAN

Menggunakan hanya SATU selipar untuk bermain atau dikenali sebagai BULLET
Hanya seorang sahaja yang dibenarkan memegang BULLET di awal permainan
Hendaklah pihak lawan menjatuhkan pyramid sebelum memulakan permainan
Hendaklah memegang BULLET tidak lama dari 10 saat (kecuali awal permainan)
Pemegang BULLET hanya boleh bergerak tidak melebihi 3 langkah sahaja
Balinglah sesuka hati (nak mengiring ke,berguling ke,duduk ke,cangkung ke,seret ke,ape-ape je la...)





TEKNIK MENGELAK

Lantak kau la nak buat macam mane tak ade yang mengharamkannye cume jangan tarik badan,tolak badan,gigit,pukul,sepak pihak lawan ye.....





TEKNIK MEMBINA PYRAMID

Lu pikir la sendiri asalkan jadi begini



dibolehkan seorang menjadi penghadang semasa membina pyramid tersebut....


{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}







Sampai di sini sahaja...

Saya harap anda tidak lagi memperlekehkan permainan baling selipar ini sebab saya pun main kat sekolah dengan kawan-kawan (termasuk abang senior)

Okey la... bye....

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan