PERMAINAN BALING SELIPAR Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.... okey la hari ini saya ingin menceritakan satu sukan yang mungkin anda tidak sangka tetapi ia benar ianya permainan baling selipar!!! ================================================ Tentu anda semua ingin tahu "Ape ni????" ataupun "Ape syiak???" Hahahahax..... Permainan ini berasal dari seorang kanak-kanak (nama tidak disebutkan) dari sebuah kampung yang sangat damai dan aman.... +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ permainan ini sebenarnya untuk latihan fizikal ytang sangat unik Namun,permainan ini jarang-jarang dimainkan dikawasan bandar kerana ketidakluasan sesuatu kawasan... Berbeza di kampung,permainan ini biasa dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu petang (yang tidak berminat bermain bola sepak atau menolong di dapur) *********************************************************************** "Apa kebaikannya?Bukankah ini permainan kanak-kanak dan tidak sesuai untuk para remaja?" soalan yang pintar yang ada jawapan logik akal dan tiada keraguan (agaknye la) Okey,kebaikan permainan baling selipar terbahagi kepada beberapa aspek,iaitu:- Jantung: Ia akan menguatkan jantung kita semasa mengelakkan diri daripada dishoot Otot Kaki: Aktiviti ini melibatkan larian,lompanan,kelajuan,ketangkasan dan lain-lain Minda: *Kebijaksanaan otak untuk membina pyramid dengan menggunakan hanya 3 selipar sahaja *Kepintaran menyusun stategi *kepintaran mengukur jarak pyramid yang hendak dirobohkan (pihak lawan) Bekerjasama: Nilai ini juga penting dalam satu kumpulan yang profesional Otot tangan: Dapat menjatuhkan pyramid dengan baik dari segi *mengukur jarak *kelajuan balingan *ketinggian balingan *teknik balingan *ketepatan balingan Stamina: Stamina diri dapat dipertingkakan Sihat: Mengeluarkan peluh semasa permainan _________________________________________________________________________ TEKNIK BERMAIN Setiap permainan mesti ada tektik teknik membaling,berlari,menangkap,mengelak dan lain-lain. TEKNIK BALINGAN Menggunakan hanya SATU selipar untuk bermain atau dikenali sebagai BULLET Hanya seorang sahaja yang dibenarkan memegang BULLET di awal permainan Hendaklah pihak lawan menjatuhkan pyramid sebelum memulakan permainan Hendaklah memegang BULLET tidak lama dari 10 saat (kecuali awal permainan) Pemegang BULLET hanya boleh bergerak tidak melebihi 3 langkah sahaja Balinglah sesuka hati (nak mengiring ke,berguling ke,duduk ke,cangkung ke,seret ke,ape-ape je la...) TEKNIK MENGELAK Lantak kau la nak buat macam mane tak ade yang mengharamkannye cume jangan tarik badan,tolak badan,gigit,pukul,sepak pihak lawan ye..... TEKNIK MEMBINA PYRAMID Lu pikir la sendiri asalkan jadi begini ![]() dibolehkan seorang menjadi penghadang semasa membina pyramid tersebut.... {}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{} Sampai di sini sahaja... Saya harap anda tidak lagi memperlekehkan permainan baling selipar ini Okey la... bye.... |
kebaikan bermain permainan yang pelik tapi baik untuk semua
mari kita kongsi dan mengetahui kebaikanya kepada semua
Selasa, 14 Jun 2011
PERMAINAN BALING SELIPAR
Langgan:
Catatan (Atom)
